JULIANNE (Noora) Scasny dilahirkan di
Amerika Syarikat. Ibunya berdarah Arab dari Syria dan beragama Kristian
manakala bapanya berketurunan kulit putih Eropah, juga beragama
Kristian. Sewaktu berusia 15 tahun, Julianne sudah menyimpan cita-cita
untuk menjadi biarawati di gereja Roman Katolik.
Bagaimanapun,
di dalam kelas mata pelajaran Sejarah Dunia, bab sejarah Asia Barat
memang antara tajuk yang paling beliau minati terutamanya bila ia
menyentuh soal agama Islam.
Kebetulan,
seorang pelajar lelaki dari Mesir yang juga merupakan teman sekelasnya
sentiasa membetulkan tanggapan salah guru kelas tersebut terhadap Islam.
Pada saat itu, Julianne agak terkejut dengan situasi pelik itu kerana
kebiasaannya guru yang membetulkan atau menegur anak murid.
Semenjak
insiden itu, dia memberanikan diri bertanya kepada pelajar lelaki
tersebut mempersoalkan kepadanya perbezaan antara Kristian dengan Islam?
Ringkas jawapan budak Mesir itu: ''Tidak banyak."
Jawapan
temannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan Julianne terus
mencari maklumat tentang Islam menerusi komputer di sekolah. Pun begitu,
teman baru dari Mesir itu telah memperkenalkan Julianne dengan kedua
ibu bapanya.
Sekali
lagi, Julianne mengambil peluang dengan meminta agar dipinjamkan
senaskhah al-Quran dalam bahasa Inggeris. Alhamdulillah, permintaannya
itu tidak dipandang remeh keluarga Mesir itu, mereka menghadiahkan
Julianne al-Quran terjemahan bahasa Inggeris karangan Yusuf Ali.
Pemberian
ikhlas itu sememangnya bagai pucuk dicita, ulam mendatang buat Julianne
sehinggakan beliau tidak dapat melepaskannya walau sesaatpun. Baginya,
kepuasan membaca kitab Injil tidak seperti membaca al-Quran. Apa yang
diterangkan di dalam kitab suci al-Quran begitu telus dan sesuai dengan
firah manusia serta ia menjawab pelbagai persoalan yang wujud sebelum
ini. Akhirnya, Julianne mengakui kebenaran Islam sungguhpun sekadar di
dalam hati.
Bagaimanapun,
minat mendalamnya tentang Islam dapat dihidu oleh kedua-dua ibu bapa
Julianne. Sebagai langkah drastik, mereka melarangnya bergaul atau
bersahabat dengan masyarakat Islam di situ. Ibunya pula sanggup bertemu
dengan wanita yang memberikan senaskhah al-Quran terjemahan, lantas
memberi amaran agat fia tidak lagi menerangkan apa-apa tentang Islam
kerana didakwa akan menimbulkan kekeliruan Julianne.
Cerita
Julianne, dia masih ingat bagaimana sambutan pertama Hari Raya
Aidilfitri bersama komuniti Muslim di tempatnya. "Saya terrpaksa
memberitahu keluarga yang saya terpaksa bekerja lebih masa sedangkan
pada hakikatnya, saya mahu bersama-sama orang Islam lain mendirikan
solat sunat Aidilfitri," kata Julianne dalam pengakuannya di laman web Islam Online.net. Walau bagaimanapun, rahsianya terbongkar juga.
Pertama
kali bepeluang menumpang seorang teman Muslim dari Pakistan ke sebuah
masjid berdekatan, merupakan pengalaman penuh bermakna bukan kerana
dibantu teman tersebut tetapi kesyahduan apabila melihat umat Islam
bersolat berjemaah.
Ayahnya
pula pernah menunjukkan protesnya dengan bertemu ibu kepada teman
Muslimnya lantas bersuara dengan nada kasar agar dia tidak meminjamkan
lagi buku-buku tentang Islam kepada Julianne. Wanita Islam itu bersetuju
dengan bersyarat. Tegasnya, Jika Julianne berada di rumahnya, Julianne
bebas membaca apa sahaja bahan bacaan yang ada di rumahnya itu.
Menyedari
usaha mereka (ibu bapa) itu tidak berhasil, mereka telah membawa saya
berjumpa dengan seorang paderi Katolik di gereja kejiranan kami. Malah
semenjak itu, ayahnya kerap menyelongkar biliknya dan membuang apa
sahaja yang berkaitan Islam seperti; kitab terjemahan al-Quran, telekung
dan kitab-kitab Islam yang lain.
Hakikatanya,
akui Julianne kehidupannya cukup tertekan, apatah lagi ada kalanya dia
dikurung supaya tidak bertemu komuniti Muslim. Semua yang dilakukan itu
atas alasan, selagi mana Julianne tinggal sebumbung dengan mereka,
selagi itulah dia mesti mengikut peraturan keluarga itu serta pergi ke
gereja serta menjadi seorang Katolik. Semua itu tidak ada kompromi.
Julianne
bingung dan pernah meminta nasihat daripada keluarga Muslimnya. Mereka
sekadar menasihatkannya agar menurut kata keluarga. Akhirnya, Julianne
akur dan bertahan selama kira-kira empat tahun sahaja.
Titik
perubahan berlaku sebaik Julianne menghubungi semula wanita dari Mesir
yang sebelum ini bertanggungjawab memberikannya senaskhah al-Quran
dengan menanyakan berita pembinaan sebuah masjid baru di kejiranan
mereka.
Dia
menyuruh Julianne menyaksikannya sendiri. Pelawaannya itu menguja
perasaan Julianne. Ironinya, masjid yang bakal dibina itu dahulunya
sebuah kelab malam yang menjadi kunjungan golongan remaja di situ.
Malah, seingat Julianne, di situ jugalah lokasi kakaknya ditahan kerana
minum sehingga mabuk.
Apa
yang berlaku itu sesungguhnya sesuatu yang tidak dijangka dan kehadiran
Julianne pada makan malam itu mengembalikan semula perasaan dan
semangatnya terhadap ruh Islam.
Ditambah
pula kuasa di sebalik laungan azan, yang begitu menyentap dan
menimbulkan keberanian daripada titisan air mata keinsafannya.
Julianne
tidak memandang ke belakang malah bertekad teguh dengan keputusan
muktamadnya bergelar Muslimah sejati, waima mendapat tentangan hebat
daripada ibu bapa.
Alhamdulillah pada Ramadan Julianne sah bergelar Muslim dan mengambil keputusan memakai hijab.
Berita
pengislaman Julianne itu, pastinya bukan sesuatu yang dinanti-nantikan
ahli keluarganya malah mereka mebambahkan lagi tekananke atasnya.
Sehingga kini, ibu bapa masih tidak putus asa menyuruhnya menanggalkan
tudung serta mengenakan pakaian yang mengikut trend remaja terkini.
Ada
ketikanya ibu sanggup membohonginya dengan menyediakan makanan yang
menggunakan bahan-bahan yang haram, datuk dan nenek pula sentiasa
mengherdiknya dengan sumpahan agar dia dimasukkan ke neraka manakala
bapa pula sengaja membawa anjing ke tempat dia mendirikan solat.
Alasan
bapa, itu rumahnya dan dia bebas melakukan apa sahaja. Sebagai anak dan
masih tinggal dengan keluarga, Julianne tiada hak bersuara.
Kesedihan
Julianne sentiasa diluahkan kepada Ilahi dan alhamdulillah doanya
diperkenankan apabila beliau dipertemukan jodoh pada usia 21 tahun dan
setahun kemudian menimang cahaya mata pertama.
Meskipun
setelah berkeluarga, kehidupan rumah tangga Julianne tidak pernah
lekang daripada campur tangan keluarga kandungnya. Pun begitu, Julianne
tidak pernah putus asa berdakwah kepada mereka dan berdoa agar suatu
hari kelak mereka juga akan menerima hidayah Allah SWT.
Sehingga
sekarang, Julianne atau nama Islamny Noora akui masih ada segelintir
manusia sukar menyelami perasaan mereka (saudara baru) yang bersendirian
di dalam Islam. Namun, kesedihan dan kekecewaan itu terubah bila
menyedari bahawa dia sebenarnya memiliki sebuah keluarga yang lebih
besar iaitu keluarga sesama Islam.
Sumber : Utusan Malaysia
0 komentar:
Posting Komentar